KUALA LUMPUR 7 Feb. - Lebih 10 syarikat telekomunikasi dan pembekal kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) tempatan dikompaun RM260,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini kerana mempromosi SMS spam dan lucah demi mengaut keuntungan tersembunyi.
Antara yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi Multimedia 1998 itu ialah sebuah syarikat peneraju industri telekomunikasi di negara ini.
Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman memberitahu, kesemua syarikat berkenaan dikompaun antara RM10,000 sehingga maksimum RM50,000.
"Tindakan itu diambil ekoran aduan orang ramai kepada SKMM sejak beberapa bulan lalu. Rata-rata pengadu merungut kerana mereka sering menerima SMS palsu dan lucah tanpa mengetahui siapakah pengirimnya.
"Oleh itu, SKMM mengambil tindakan segera dengan melakukan siasatan dan hari ini kesemua syarikat tersebut telah menerima notis dan diarah membayar kompaun segera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu berhubung SMS spam, palsu, promosi barangan dan lucah yang dikirim oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada pengguna sememangnya kerap berlaku dan masih berterusan sehingga kini dan secara tidak langsung mengganggu ketenteraman pengguna yang menjadi mangsa keuntungan pihak syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab.
Penyebaran maklumat palsu dan pornografi itu pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak sebelum ini dan berharap kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan dapat menyelesaikannya segera dengan tindakan undang-undang diambil.
Menurut Sheikh Raffie, antara tujuan syarikat terlibat menjalankan aktiviti tersebut adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan mudah atau lebih tepat sebagai perancangan perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, tanpa pengguna sedari setiap SMS yang tidak diundang oleh pengguna itu akan dicaj secara automatik dan secara tersembunyi oleh pihak syarikat dengan jumlah antara RM3 hingga RM5 setiap SMS.
"Pihak syarikat boleh mengaut keuntungan daripada caj tersebut dengan lebih banyak sekiranya pengguna menuruti setiap arahan daripada setiap SMS yang dikirim. Tetapi bagi pengguna yang tidak melayani arahan SMS itu, tiada caj dikenakan," katanya.
Contoh-contoh SMS spam, lucah dan promosi barangan yang sering dijadikan umpan keuntungan oleh pihak syarikat kepada pengguna adalah seperti berikut.
1) RM0.00 - Cepat lihat aksi panas yang anda tak (tidak) percayai apa sy (saya ) dpt (dapat) dari hp (handphone) teman pramugari
sms regVI ke 3xxxx sekarang. Stop ke 3xxxx untuk berhenti.
2) RM0.00 - Gambar2 (gambar-gambar) panas lagi sensasi,
model2 (model-model) anggun indonesia yang pasti membuatkan hati berdebar lebih kencang. Taip ON cewek ke 3xxxx (RM0.50- sms) untuk gambar-gambar.
3) RM0.00…01x xxx xxxx happy besday (birthday) to ONTHU dan hantar ke nombor 3xxxx sekarang dan terima hadiah percuma.
4) Pelan sms mobile content yg (yang) terbaru untuk fon anda . enjoy.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130208/je_03/10-firma-telekomunikasi-dikompaun#ixzz2YSjrTTVW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment