pot pet:
Blog ini ditubuhkan untuk pertandingan blog pengguna BBM1 "Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi".

Monday, 8 July 2013

11 Saluran Aduan Untuk Membuat Aduan

PERTUBUHAN KERAJAAN



1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.m


2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777



3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web
 : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822


5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) 
Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033

6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.m

7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


AGENSI AGENSI LAIN 

1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) 
Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.

Laman web
 : http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811 

2) Suruhanjaya Sekuriti MalaysiaDitubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel
 : cau@seccom.com.my 

CFM terima 3,631 aduan


Mahfuzah (kiri) menerangkan peranan CFM kepada seorang pengguna ketika menjalankan kempen memperkenalkan agensi itu kepada umum.

KUALA TERENGGANU – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima 3,631 aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia pada tahun lalu, bertambah sebanyak 2,340 berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi CFM, Mahfuzah Azahari berkata, daripada jumlah itu, aduan melibatkan perkhidmatan bil dan caj adalah kes paling banyak yang diterima, diikuti perkhidmatan kurang memuaskan dan kualiti liputan tidak baik.

Menurutnya, peningkatan aduan itu adalah disebabkan tahap kesedaran pengguna makin bertambah berikutan kempen yang dijalankan CFM, selain pengguna lebih arif mengenai perkhidmatan dan caj dikenakan syarikat telekomunikasi.

“Bagi suku pertama tahun ini pula, kita telah terima 547 aduan berkaitan bil dan caj, 458 aduan bagi perkhidmatan kurang memuaskan dan 183 bagi kualiti liputan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mahfuzah berkata, ditubuhkan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CFM berperanan sebagai satu saluran kepada pengguna membuat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Katanya, CFM akan memberi perlindungan kepada pengguna penyediaan saluran tambahan untuk aduan susulan, mengendalikan pertikaian dan rungutan yang tidak dapat diselesaikan oleh pengguna serta pemberi perkhidmatan.

“Kami menjalankan tanggungjawab sebagai pengantara untuk mendapatkan penyelesaian antara pembekal perkhidmatan dan pengguna.

“Kami turut memberi nasihat dan pendidikan kepada pengguna, menjalankan promosi mengenai hak pengguna dan membangunkan kod-kod bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah pada tahap memuaskan,” katanya.

Menurut beliau, mana-mana pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia dinasihatkan berjumpa dengan pembekal perkhidmatan terlebih dahulu bagi mencari jalan penyelesaian.

“Jika tidak berhasil, mereka boleh adukan kepada kita dengan melayari www.complaint.cfm.org.my, emelkan kepada complaint@cfm.org.my atau hubungi talian 1800-18-2222 dan kami akan membantu menyelesaikannya,” katanya.











10 firma telekomunikasi dikompaun

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Lebih 10 syarikat telekomunikasi dan pembekal kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) tempatan dikompaun RM260,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini kerana mempromosi SMS spam dan lucah demi mengaut keuntungan tersembunyi.
Antara yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi Multimedia 1998 itu ialah sebuah syarikat peneraju industri telekomunikasi di negara ini.
Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman memberitahu, kesemua syarikat berkenaan dikompaun antara RM10,000 sehingga maksimum RM50,000.
"Tindakan itu diambil ekoran aduan orang ramai kepada SKMM sejak beberapa bulan lalu. Rata-rata pengadu merungut kerana mereka sering menerima SMS palsu dan lucah tanpa mengetahui siapakah pengirimnya.
"Oleh itu, SKMM mengambil tindakan segera dengan melakukan siasatan dan hari ini kesemua syarikat tersebut telah menerima notis dan diarah membayar kompaun segera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu berhubung SMS spam, palsu, promosi barangan dan lucah yang dikirim oleh pihak tidak bertanggungjawab kepada pengguna sememangnya kerap berlaku dan masih berterusan sehingga kini dan secara tidak langsung mengganggu ketenteraman pengguna yang menjadi mangsa keuntungan pihak syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab.
Penyebaran maklumat palsu dan pornografi itu pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak sebelum ini dan berharap kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan dapat menyelesaikannya segera dengan tindakan undang-undang diambil.
Menurut Sheikh Raffie, antara tujuan syarikat terlibat menjalankan aktiviti tersebut adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan mudah atau lebih tepat sebagai perancangan perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, tanpa pengguna sedari setiap SMS yang tidak diundang oleh pengguna itu akan dicaj secara automatik dan secara tersembunyi oleh pihak syarikat dengan jumlah antara RM3 hingga RM5 setiap SMS.
"Pihak syarikat boleh mengaut keuntungan daripada caj tersebut dengan lebih banyak sekiranya pengguna menuruti setiap arahan daripada setiap SMS yang dikirim. Tetapi bagi pengguna yang tidak melayani arahan SMS itu, tiada caj dikenakan," katanya.
Contoh-contoh SMS spam, lucah dan promosi barangan yang sering dijadikan umpan keuntungan oleh pihak syarikat kepada pengguna adalah seperti berikut.
1) RM0.00 - Cepat lihat aksi panas yang anda tak (tidak) percayai apa sy (saya ) dpt (dapat) dari hp (handphone) teman pramugari
sms regVI ke 3xxxx sekarang. Stop ke 3xxxx untuk berhenti.
2) RM0.00 - Gambar2 (gambar-gambar) panas lagi sensasi,
model2 (model-model) anggun indonesia yang pasti membuatkan hati berdebar lebih kencang. Taip ON cewek ke 3xxxx (RM0.50- sms) untuk gambar-gambar.
3) RM0.00…01x xxx xxxx happy besday (birthday) to ONTHU dan hantar ke nombor 3xxxx sekarang dan terima hadiah percuma.
4) Pelan sms mobile content yg (yang) terbaru untuk fon anda . enjoy.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130208/je_03/10-firma-telekomunikasi-dikompaun#ixzz2YSjrTTVW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 aduan sehari

Baru-baru ini, tiga syarikat telekomunikasi utama negara dikompaun sehingga RM190,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selepas masing-masing dikatakan melanggar syarat lesen mereka termasuk panggilan terputus atau ‘dropped calls’.
Ia berikutan aduan diterima orang ramai mengenai masalah terbabit yang kini dikatakan menjadi semakin serius.Kalau kita lihat definisi dropped calls, ia membawa makna panggilan yang terputus sama ada ia daripada yang si pemanggil atau orang dipanggil.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi memaklumkan, tindakan diambil selepas syarikat telekomunikasi itu sudah diberi masa mencukupi untuk menyelesaikan aduan diterima daripada pelanggan.“Kita menerima aduan berkaitan peningkatan kejadian ‘dropped calls’ sejak kebelakangan ini.

“Sebagai agensi yang mengawal industri, kami tidak mempunyai pilihan melainkan mengeluarkan saman kepada mereka kerana gagal mencapai piawaian dan tahap perkhidmatan yang dipersetujui,” katanya.


Tiga syarikat telekomunikasi yang dikompaun termasuk:

1. DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi): RM100,000.
2. Celcom Axiata Berhad (Celcom): RM60,000.
3. Maxis Mobile Services Sdn Bhd (Maxis): RM30,000.


DiGi dikompaun RM100,000 untuk empat kompaun yang berasingan manakala Celcom dikompaun RM60,000 bagi tiga kompaun yang berasingan sementara Maxis dengan dua kompaun berjumlah RM30,000.

Kompaun dikeluarkan berdasarkan hasil ujian dijalankan SKMM di beberapa lokasi di negara ini. Lebih banyak ujian dijalankan di seluruh negara untuk me­ngukur kualiti perkhidmatan disediakan syarikat telekomunikasi.

Mohamed Sharil berkata, SKMM sedar syarikat telekomunikasi mula menaik taraf dan melaksanakan usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka di negara ini, tetapi menegaskan ia harus dipercepatkan.

“Orang ramai tidak patut bertolak ansur dengan peningkatan kejadian ‘dropped calls’ atau mutu perkhidmatan yang buruk,” katanya.

Sehingga kini, DiGi yang didenda dengan kompaun tertinggi sudah memberi kenyataan dengan memberi jaminan memperbaiki kualiti mereka pada masa depan.

Ketua Pegawai Teknologinya, Ole Martin Gunhildsbu berkata, sejak dua tahun kebelakangan ini, DiGi sudah melabur sejumlah angka yang tinggi untuk memperbaiki kualiti rangkaian dengan menjadikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan utama mereka.

“Kami sedang memperbaiki keseluruhan rangkaian di lebih 6,000 tapak di seluruh negara dengan memperluaskan liputan 3G yang disasarkan kepada 75 peratus menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Menurutnya, DiGi menetapkan dan memantau rang­kaian serta melaporkan terus sebarang masalah kepada pihak kanan pengurusan.

“Ia menyaksikan kualiti kami lebih baik sejak enam bulan lalu dalam kawasan liputan yang melalui proses kemas kini rangkaian termasuk insiden panggilan terputus dan kadar data konsisten,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan terdapat faktor lain yang memberi kesan kepada operator termasuk cabaran lokasi tapak rangkaian, geografi dan protes pembinaan menara telekomunikasi di kalangan penduduk.

“Selain itu, kami turut mengalami masalah vandalisme serta kecurian yang menjejaskan operasi kami,” katanya.

Berdasarkan keuntungan sebelum cukai tiga syarikat ini pada tahun lalu iaitu DiGi sebanyak RM2.9 bilion, Celcom (RM3.45 bilion) dan Maxis (RM4.395 bilion), ia sudah cukup membayang­kan syarikat mempunyai kemampuan memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka pada masa depan.

Tidak dinafikan, terdapat faktor tertentu yang mengundang masalah pang­gilan terputus yang memberi kesan kepada syarikat telekomunikasi seperti cabaran lokasi tapak rangkaian, geografi dan protes pembinaan menara telekomunikasi di kalangan penduduk vandalisme.

Ia diburukkan lagi dengan masalah kecurian yang menjejaskan operasi mereka tetapi ia bukan alasan untuk tidak memperkasakan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berpendapat, syarikat telekomunikasi perlu memandang lebih serius masalah yang mengganggu kehidupan pengguna untuk berkomunikasi.

“Syarikat telekomunikasi tempatan mungkin boleh memperbaiki masalah perkhidmatan secepat mungkin me­ngikut amalan sebenar yang menepati kehendak pelanggan,” katanya.

Beliau mengesahkan FOMCA menerima sekurang-kurangnya 20 aduan setiap hari yang membabitkan kualiti perkhidmatan rangkaian telekomunikasi di negara ini.

“Aduan yang diterima perlu diteliti dan kami sudah salurkannya kepada pihak berkuasa seperti SKMM,” katanya.

Yusof menasihatkan pengguna menyalurkan aduan berkaitan masalah ini kepada pihaknya menerusi e-mel atau panggilan telefon yang seterus­nya akan dibawa ke pihak berkenaan.

“Kami memahami kekecewaan pengguna dan sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama MobileFest iaitu kumpulan berkaitan mudah alih, Samuel Tan berkata, syarikat telekomunikasi perlu mengambil perhatian lebih serius memandangkan ada panggilan yang terputus ketika perbualan sedang berlaku

“Apatah lagi, ada panggilan penting seperti sedang melakukan urus niaga dan sebagainya yang menyusahkan pengguna,” katanya.

Menurutnya, meskipun berlaku kesesakan talian, syarikat telekomunikasi perlu lebih bersedia menanganinya bagi menjamin kelancaran komunikasi.

“Kami turut mencadang­kan, syarikat telekomunikasi mengekalkan kestabilan rangkaian bagi diakses pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau turut mencadang­kan syarikat telekomunikasi mengemas kini rangkaian atau mencari rangkaian bersesuaian yang mudah dinaik taraf.

“Selain itu, ada cadangan untuk menebus semula atau membayar kembali wang ring­git kepada pengguna.

“Namun, ia pasti sukar dilakukan,” katanya.


Sehingga kini, antara punca dropped calls berlaku termasuk:
  • Pemanggil bergerak ke kawasan yang tiada isyarat atau liputan atau ‘titik buta’.
  • Gangguan yang terhasil daripada penggunaan semual frekuensi.
  • Kerosakan peralatan peranti di stesen pusat atau alat pemancar.
  • Terputus kerana telefon tidak dapat bertahan dengan isyarat lemah dari satu stesen pusat ke stesen pusat lain (kegagalan penyerahan panggilan).


    Jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan syarikat telekomunikasi, antara langkah yang perlu diambil mungkin dengan melayari laman web SKMM dan kemudian segera ke bahagian menu.

    Bermula di menu terbabit, terdapat ikon ‘Dropped Calls’ dan klik pada ‘Make a Complaint’ yang menyenaraikan borang ‘online’ yang boleh diisi terus di bawah senarai ‘Dropped Call Feedback’.

    Namun, pengguna perlu memasukkan maklumat yang memberitahu de­ngan jelas masalah dropped calls seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan operator telekomunikasi yang digunakan.

    Pada masa sama, anda perlu mengingati maklumat lain yang penting seperti lokasi tempat panggilan anda sering terganggu secara tepat dengan melihatnya di Google Maps.

    Anda boleh memasukkan lokasi daripada Google Maps terbabit untuk diteliti terutama berkaitan perincian lokasi.

    Malah, maklumat lain juga perlu dipastikan seperti bandar, kampung atau alamat jalan.

    Mungkin lebih baik jika anda berupaya untuk merakam foto lokasi tempat ia berlaku dan sekiranya lokasinya berubah, ambil beberapa foto berbeza.

    Setakat ini, hak untuk menyelesaikan masalah ini boleh didapati melalui ‘hak anda sebagai pengguna’ dan ‘hak untuk menyelesaikan aduan’.

    Jika ia berkaitan hak anda sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada pemberi perkhidmatan anda.

    Ia memandangkan semua pemberi perkhidmatan komunikasi dan multimedia dikehendaki berurusan secara munasabah dengan pengguna dan menyelesaikan aduan pengguna menurut Kod Amalan Pengguna Am (KAPA).

    KAPA adalah kod amalan kawal selia kendiri industri yang berdaftar dengan SKMM.

    KAPA digubal oleh Forum Pengguna Malaysia (CFM) untuk menggalakkan piawaian etika perniagaan dan tatalaku paling tinggi menerusi urus tadbir kendiri.

    Hak untuk menyelesaikan aduan termasuk jika anda tidak mendapat perkhidmatan komunikasi yang memuaskan, anda hendaklah mena­ngani rasa tidak puas hati anda dengan segera.

    Sebenarnya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberikan pengguna hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan membuat aduan jika perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tidak memuaskan.

    Penjagaan kepentingan pengguna seterusnya diperhebatkan lagi dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang memberikan peruntukan kepada pengguna untuk mendapatkan ganti rugi dalam bentuk pemulangan wang atau penggantian produk terhadap perkhidmatan yang tidak berkualiti.

    Berdasarkan kepada aduan yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), didapati aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi mengalami peningkatan yang berterusan.

    Di sinilah wujud­nya kewajipan bagi menye­diakan perkhidmatan telekomunikasi untuk melaksanakan tanggung­jawab syarikat telekomunikasi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna.

    Ini bermakna pihak yang memberikan perkhidmatan telekomunikasi harus memberikan maklumat yang terperinci mengenai sesuatu perkhidmatan ditawarkan supaya pengguna lebih memahaminya.

    Mereka juga wajib memastikan tiada sebarang maklumat yang mengelirukan disalurkan kepada pengguna dan perlu bertindak dengan adil dan segera jika menerima sebarang aduan bagi memelihara hak pengguna.

    Oleh itu, pengguna perlu menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum membeli sesuatu perkhidmatan telekomunikasi dan haknya untuk membuat aduan serta mendapatkan ganti rugi

    Aduan Pengguna dalam Industri telekomunikasi

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, entri kali ini akan membincangkan berkenaan aduan pengguna dalam industri telekomunikasi. Pengguna adalah seseorang yang menggunakan barangan, alatan atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu industri. Namun kebanyakan pengguna sering kali mengadu atau mengkritik (komen-komen negatif) tentang kualiti, harga dan kelulusan sesuatu barangan itu. Justeru, saya Muhamad Fadhil bin Muhd Kasim dari Tawau, Sabah dalam entri kali ini akan membincangkan berkenaan "Aduan Pengguna Dalam Industri Telekomunikasi" 

    Tahun 1999 semasa tahun saya d lahirkan, teknologi komunikasi sudah mula mencuri hati para pengguna baik di desa apatah lagi di kota. Menjelang tahun 2000 perlumbaan untuk memiliki alat-alat tekomunikasi yang canggih telah menjadi trend global dunia.  Masyarakat Malaysia juga tidak mahu tertinggal dalam keinginan menikmati kemudahan tersebut. Saya sendiri menggunakan alatan teknologi untuk menulis entri blog iaitu laptop. Saban hari, telah diperkenalkan alatan-alatan baru dan gajet-gajet terkini dalam dunia teknologi perhubungan. Contohnya baru-baru ini, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy S4 dengan bentuk yang lebih nipis dan kukuh disertakan dengan sistem peranti Android terkini yang memudahkan perhubungan dan komunikasi penggunanya. Apatah lagi dengan syarikat Sony yang memperkenalkan Sony Experia Z dengan permukaan lebar dan nipis. Menariknya tentang Sony Experia Z ini ialah badan alat ini kalis air dan mempunyai camera HD 13 Mega Pixel.

    Namun, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengeksploitasi jenama syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Samsung, Sony dan Nokia. Maka, terdapat alatan-alatan palsu dan tiruan dijual di pasaran dengan menggunakan nama syarikat telekomunikasi terbabit. Masalah besarnya apabila alatan palsu yang dibeli mudah rosak, dan syarikat rasmi alatan tersebut dipersalahkan seperti "lembu punya susu,sapi yang dapat nama". Untuk mencegah perkara seperti ini terjadi, pihak berkuasa harus bersikap lebih tegas dengan mana2 syarikat pengeluar alatan teknologi palsu dan cetak rompak. Bahkan, pengguna juga harus bijak memilih barangan yang elok dan tahan lama walaupun harga yang dikenakan agak mahal seperti pepatah "alah membeli, menang memakai".

    Selain itu, pengguna sering mengadu tentang harga sesuatu gajet tersebut. Hal ini kerana kedai alatan telekomunikasi itu mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding harga asal demi mengaut keuntungan dua kali ganda. Pihak kedai hendaklah bersikap jujur dalam berurus niaga. Justeru, bagi mengelakkan pembeli tertipu, wajarlah untuk pembeli tersebut merujuk terlebih dahulu daripada internet/laman sesawang rasmi syarikat telekomunikasi juga rakan-rakan yang telah membeli alatan tersebut terlebih dahulu. Ini membolehkan pembeli mengetahui harga sebenar alatan-alatan tersebut sebelum membuat pembelian.

    Di samping itu, peniaga hendaklah bersikap peramah kepada pembeli. Jika pembeli berasa tidak senang dengan sikap segelintir peniaga yang sombong, maka secara tidak lansung pembeli melaporkan atau mengadu perkara tersebut kepada pihak bertanggungjawab. Oleh itu, peniaga wajar untuk bersikap lebih professional kepada pembeli mahupun pengguna.

    Akhir sekali, syarikat telekomunikasi hendaklah memahami setiap kehendak pengguna dengan menyediakan tempat/laman sesawang khas untuk membuat aduan. Misalnya, syarikat telekomunikasi dan perkhidmatan mudah alih gergasi Malaysia iaitu DiGi bakal memperluaskan perhubungan radio di antara ambulans dan hospital di kawasan yang masih belum mempunyai liputan. Ini kerana mereka kerap kali mendengar rintihan ataupun cadangan daripada masyarakat luar bandar amnya.

    Friday, 5 July 2013

    Ketahui hak pengguna telekomunikasi

    Kebanyakan anda pasti pernah berdepan pengalaman pahit ketika berurusan dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, malah anda mungkin beranggapan ia sebahagian persetujuan 'senyap' dan tiada apa yang boleh dibuat bagi menghalang masalah sama berulang.
    Sebagai contoh, ada ketika, anda dapati bil telefon diterima tidak tepat sama ada bil talian tetap, telefon bimbit mahupun telefon pejabat.
    Bagi pengguna prabayar, keadaan lebih mengelirukan. Sebagai contoh, anda membeli sejumlah nilai kredit prabayar dan membuat beberapa panggilan. Dalam beberapa hari, anda dapati baki kredit prabayar itu jauh berkurangan. Biasanya, anda hanya berkata, adakah aku membuat banyak panggilan?.
    Jika keadaan itu berlaku, di mana tempat anda mengadu selain syarikat penyedia perkhidmatan itu?. Justeru, pelanggan dan semua pengguna telekomunikasi perlu mengetahui hak anda sebagai pengguna telekomunikasi yang bijak.
    Sebelum ini, Malaysia hanya mempunyai satu syarikat penyedia perkhidmatan dan ketika itu, sering timbul anggapan bahawa penyedia perkhidmatan lebih berhak berbanding pelanggan. Namun, keadaan berubaha selepas penggubalan Aktak Komunikasi dan Multimedia 98 (CMA98) yang mempunyai peruntukan terhadap pelbahai perkhidmatan pemusatan untuk diperkenalkan kepada industri dan negara.
    CMA98 menyatakan secara jelas peruntukan bagi anti persaingan, langkah pertama ke arah liberalisasi dalam industri komunikasi.
    Berikutan itu, lesen penyedia komunikasi lama perlu bergerak ke arah rejim perlesenan baru bagi lesen penyedia kemudahan komunikasi, lesen individu ASP bagi perkhidmatan sewa dan lesen kelas bagi pelbagai perkhidmatan.
    Terdapat perspektif baru bagi definisi hak dalam komunikasi yang boleh dibahagikan kepada hak pengguna, hak penyedia perkhidmatan dan hak kerajaan serta badan kerajaan.
    Untuk menjadi pengguna komunikasi bijak, anda perlu mengetahui hak sebagai pengguna dan melalui hak itu serta hak penyedia perkhidmatan, akta baru berkenaan menggalakkan rejim kawanlan sendiri manakala kerajaan tidak lagi mengenakan segala kawalan dan tindakan.
    Sebaliknya, melalui CMA98, masyarakat dan industri perlu bersama- sama mengatur diri dan bersetuju terhadap masalah yang berlaku dan berusaha memperbaikinya dan pasa sama menjamin dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.
    Memandangkan sudah menjadi peraturan industri, pengguna perlu memberi maklumat mengenai apa yang boleh diterima dan mampu meningkatkan perkhidmatan pelanggan.
    Peringkat pertama mengenali hak pengguna, anda perlu melepasi saluran disediakan Forum Pengguna Malaysia (CFM) yang dilantik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pada peringkat ini, pengguna dan penyedia perkhidmatan akan cuba untuk menyelesaikan malasah secara bersama.
    Jika peringkat pertama itu gagal, CFM boleh mengemukakan kes kepada SKMM untuk tindakan lanjut. Suruhanjaya itu bertindak mengawasi keberkesanan CFM dan menguatkuasakan tanggungjawab pelesenan dikenakan terhadap setiap syarikat penyedia perkhidmatan.
    CFM adalah organisasi yang dianggotai penyedia perkhidmatan dan kumpulan pengguna yang turut mempunyai pengurusan sendiri bagi menjelaskan kod tata laku penyedia perkhidmatan. Setiap aduan akan diselesaikan dan syarikah penyedia perkhidmatan yang menerima aduan itu perlu memberi maklum balas mengikut kategori aduan dan jangka masa diberi.
    Sebagai pengguna komunikasi, anda sering menghadapi pelbagai masalah berkaitan perkhidmatan komunikasi disebabkan pelbagai faktor termasuk kualiti perkhidmatan buruk dan tidak memuaskan seperti pemberian bil tidak tepat.
    Alasan in paling rumit dan kontroversi serta paling banyak didebatkan dengan beberapa syarikat penyedia perkhidmatan prabayat memandangkan pengguna tidak diberikan bil.
    Jadi, bagaimana anda dapat mengawasi panggilan dibuat selain mengetahui baki kredit prabayar berkurangan secara mendadak sedangkan anda tidak membuat banyak panggilan?
    Jadi, dengan hanya memahami hak anda, and mungkin boleh bertanya secara terperinci bagi mendapatkan penjelasan.
    Perlu diingat, sejak CFM dilantik SKMM sebagai mata dan telinga suruhanjaya itu dan semua pengguna, anda sebagai pengguna komunikasi yang bijak perlu memanfaatkan sepenuhnya saluran disediakan.
    Untuk maklumat lanjut mengenai CFM, dan boleh melayari laman web di alamat www.cfm.org.my.
    Antara faktor kenapa anda perlu menekankan hal itu kerana anda membelanjakan purata antara 5 hingga 50 peratus jumlah pendapatan bulanan untuk berkomunikasi sama ada menggunakan perkhidmatan prabayar, perkhidmatan suara atau perkhidmatan telefon bimbit, talian tetap atau Internet.
    Kesimpulannya, anda mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penggunaan perkhidmatan komunikasi walaupun tiada bil dihantar ke rumah

    Thursday, 20 June 2013

    AWAS! jadilah pengguna yang sentiasa berwaspada

    Lagi wanita ditipu kenalan FB

    by YUSOP TEPPO. Posted on April 18, 2013, Thursday
    SANDAKAN: Susulan seorang wanita membuat laporan polis pada Sabtu lepas kerana ditipu seorang lelaki yang dikenali di laman sosial Facebook, seorang lagi wanita iaitu surirumah berumur 37 tahun membuat laporan polis di Cawangan Jenayah Perdagangan di Balai Polis Sandakan pada Selasa (16 April).
    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi kelmarin, memberitahu bahawa pengadu membuat laporan polis berkenaan setelah mengesyaki dia telah ditipu oleh seorang lelaki yang dikenali melalui Facebook sebanyak RM6,500.
    “Pengadu telah berkenalan dengan lelaki terbabit yang kononnya berada di UK beberapa bulan lepas, dan lelaki itu berjanji hendak mengirimkan hadiah kepada pengadu.
    “Baru-baru ini, lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia telah mengirim hadiah itu kepada pengadu tetapi pengadu hendaklah membayar cukai kastam sebelum hadiah itu melepasi pemeriksaan pihak Kastam,” katanya.
    Rowell berkata, pengadu juga diminta memasukkan wang ke dalam satu akaun bank, sebelum menerima hadiah berkenaan.
    Walau bagaimanapun katanya, apabila menyedari sesuatu tidak kena selepas hadiah yang dijanjikan tidak diterima, pengadu kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki dia diperdayakan.

    Guru Wanita Rugi RM19.2 Juta Di Tipu Pegawai Bank !


    MELAKA - Seorang guru wanita, daripada keluarga berada, yang membuat simpanan tetap di sebuah bank di negeri ini kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu seorang pegawai di bank itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata, wanita berusia 47 tahun itu membuat simpanan antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai sejak 2010 selepas suspek dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap. "Sejak itu mangsa membuat 81 transaksi dan 80 daripadanya telah dikeluarkan slip penerimaan manakala satu belum diterima," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis. Beliau berkata mangsa mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya pada awal tahun ini namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan. Katanya pada awal bulan ini, mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan diberitahu beliau tidak mempunyai sebarang akaun simpanan tetap. Wanita berkenaan, katanya, kemudian membuat laporan polis pada 7 Jun lepas selepas mendapati dirinya ditipu. Soh berkata hasil siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai membuat satu akaun lain menggunakan nama wanita itu untuk memindahkan wang berjumlah RM19.2 juta melalui internet ke tiga akaun lain milik tiga lelaki. "Sejumlah RM11 juta berjaya dikesan dalam akaun yang dicipta pegawai berkenaan dan RM1.2 juta di akaun seorang daripada lelaki itu, sementara RM7 juta lesap," katanya. Sehubungan itu, polis kini giat mengesan pegawai bank terbabit yang dikenali sebagai Chua Ken Juan, 28, beralamat terakhir di Taman Kerjasama Bukit Beruang di sini. Dia telah menghilangkan diri sejak 4 Jun lalu. Soh berkata polis turut mencari seorang lagi rakan suspek Low Kim Hsen, 25, yang beralamat di Bukit Baru, di sini. #sumber


    Skim penipuan cabutan bertuah telefon meningkat
    SINGAPURA: Polis semalam memberi amaran, skim penipuan melalui telefon melibatkan cabutan bertuah semakin meningkat di mana mangsa ditipu lebih banyak wang mereka.
    Mangsa termasuk golongan profesional, belia dan warga emas.
    Dalam lapan bulan pertama tahun ini, jumlah skim penipuan cabutan betuah melalui telefon dilaporkan mencecah 234 kes, meningkat 16.4 peratus daripada tahun lalu.

    Jumlah mangsa yang tertipu dalam tempoh yang sama adalah 134, iaitu 8.9 peratus meningkat berbanding tahun lalu.

    Tetapi, jumlah wang yang ditipu adalah Sg$4.6 juta (RM11.6 juta) dari Januari hingga Ogos, melonjak 21 peratus berbanding tahun lalu.

    Jumlah wang yang ditipu seluruh tahun lalu adalah Sg$6.4 juta (RM16 juta) sejak 2007, tahun di mana menurut polis, skim cabutan bertuah melalui telefon, bermula.

    Terdapat juga trend meningkat dalam jumlah wang ditipu daripada skim penipuan serupa sejak 2009.

    Tahun lalu, jumlah wang ditipu melonjak 68.4 peratus berbanding 2010, walaupun mereka yang berjaya dalam skim penipuan adalah 4.6 peratus, iaitu meningkat berbanding 2010.

    Jumlah skim cabutan bertuah melalui telefon yang dilaporkan tahun lalu, termasuk yang tidak berjaya, adalah 298 kes, 13.9 peratus menurun berbanding 2010.

    Polis berkata, dalam skim itu, mangsa akan ditelefon dan diberitahu mereka memenangi hadiah cabutan bertuah di luar negara.

    Mereka kemudian meminta mangsa membayar wang proses atau cukai dahulu sebelum mendapatkan hadiah mereka dan wang dihantar melalui pemindahan wang melalui agensi pengiriman wang. - Straits Times


    CARA MENGENAL SKIM PENIPUAN CEPAT KAYA
    *    JAMINAN PULANGAN YANG SANGAT TINGGI
    *    MEMERLUKAN ANDA MENCARI DOWNLINE
    *    PELUANG PELABURAN BAGI MASA YANG TERHAD
    *    PEMBERIAN HADIAH YANG LUMAYAN
    *    MAKLUMAT SYARIKAT PENGANJUR SKIM SUKAR DIPEROLEH
    *    PANGGILAN TELEFON YANG TIDAK DIUNDANG DAN DIRAGUI
    *    DIJANJIKAN UNTUNG BESAR TANPA RISIKO
    PENGALAMAN.

    Berhati-hati Ketika Berurusan Di Bank

    Beberapa hari lepas dkna berurusan di Bank Islam untuk bayar yuran sekolah kemudian bergegas pula ke BSN untuk tukar kad BSN yang baru. Sebelum ni kad BSN dkna color biru. Entah dah berapa lama pakai kad BSN tapi tak pernah perasan pulak kat kad tu ada tarikh tamat tempoh.

    Bila nak keluarkan duit baru dapat tau yang kad dah tak boleh pakai. Kad dah tamat lebih kurang sebulan lebih baru terhegeh-hegeh buat kad baru. Itu pon terpaksa curi-curi masa ke bank sambil settel urusan pembayaran yuran sekolah.

    Alang-alang dah ke BSN, dkna pon buat sedikit pembayaran yang tertunggak dengan pihak Mara ketika belajar di Kedah satu ketika dahulu. Kiranya dkna buat 2 urusan dalam satu kaunter. Urusan pertukaran kad dan juga pembayaran duit Mara.



    Sampai BSN jam pukul 4.00 petang, isi semua borang kemudian staff BSN maklum yang sistem offline selama setengah jam. Dkna terpaksa tunggu kat situ, malas nak datang banyak kali. Lebih kurang 1jam setengah giliran dkna dipanggil. Waktu tu jam pukul 530 petang.

    Di kaunter dkna dah asingkan borang untuk pertukaran kad dan borang untuk pembayaran Mara. Staff BSN dengan tergesa-gesa key in no akaun untuk pembayaran. Dkna hanya memerhati jer.

    Kemudian staff tu bagi salinan resit, dkna buat penyemakan dan ternyata apa yang dkna fikirkan benar berlaku. Pembayaran yang sepatutnya di bayar untuk pihak Mara telah dimasukkan ke dalam akaun individu.

    Individu tu sapa? Ke akaun BSN dkna sendiri. Dkna buat penyemakan dengan staff BSN, dorang pulak salahkan dkna sebab tak tulis no akaun dan nama pihak penerima. 

    Punyalah sakit hati dan sakit jiwa, nasib baik dkna sabar. Dengan penuh bertatasusila dkna cakap 'Pn. saya dah isi no akaun dan kat bawah tu saya dah tulis nama pihak penerima'.

    Staff BSN tu terdiam dan barulah dia buat penyemakan no akaun yang dkna tulis. Nasib baik duit tu dia masukkan dalam akaun dkna sendiri, kalau termasuk dalam akaun orang lain, macam mana? Tak pasal-pasal dkna kene isi borang baru..membazir dakwat pen jer.

    Kesimpulan, sebelum blah dari kaunter kena semak salinan resit yang pihak bank bagi samada no.akaun pembayaran sama atau tak dengan  no.penerima. Berurusan waktu kemuncak pun salah satu faktor berlaku kecuaian sebab masing-masing dah ingat nak balik rumah tengok anak bini. 

    Berhati-Hati Dengan 63660

    SMS bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar memberi lebih perhatian dan peka dengan beberapa SMS yang mengandungi unsur-unsur meragukan atau penipuan.
    Saya sendiri sering menerima SMS daripada nombor-nombor yang asing seperti 63660 dan lain-lain, dan pada setiap SMS tersebut, terselit promosi yang tidak bersangkut paut dengan servis yang saya langgani mahupun saya sendiri tidak pernah dan tidak langsung ada melanggan mana-mana servis pihak luar.
    Lebih membimbangkan, modus operandi mereka kini kebanyakannya semakin licik. Mereka telah berani ‘menyamar’ sebagai pembekal perkhidmatan dan menggunakan ayat-ayat yang seolah-olah menggambarkan SMS tersebut adalah tulen dan perlu diberi perhatian segera.
    Lihat screenshot di sebelah. SMS ini diterima di telefon bimbit saya, daripada nombor 63660. Baca ayat-ayat yang digunakan. Sekali imbas, ia seperti SMS yang dihantar oleh pembekal perkhidmatan saya, mengingatkan bahawa settings GPRS saya sudah tamat tempoh. Tetapi ini adalah satu penipuan, bukan SMS asli. Sebabnya adalah seperti berikut;
    PERTAMA: Pembekal perkhidmatan/operator lazimnya akan menggunakan nama mereka dan variasi-variasinya untuk memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pengumuman penting. Contohnya, untuk Celcom, SMS dari mereka akan tertera nama seperti Celcom, CelcomOffer, Xpax, dan variasi-variasi seumpamanya. Untuk Maxis pula, SMS dari mereka akan tertera nama Maxis, Hotlink, dan variasi-variasinya. Pembekal perkhidmatan pada masa kini jarang menggunakan nombor awalan 2xxxx, 3xxxx, dan 6xxxx atau seumpamanya untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada para pelanggannya.
    KEDUA: Penggunaan ayat. Melihat pada contoh yang sama, SMS tersebut memaklumkan bahawa tetapan GPRS saya telah tamat tempoh, dan perlu diaktifkan semula dengan menghantar SMS kepada nombor yang ditetapkan. Jika anda tidak peka dan tidak tahu, mungkin anda tidak banyak soal dan terus mengikut arahan yang diberikan. Perhatian, sila maklum bahawa servis asas seperti GPRS adalah sedia aktif, tidak akan tamat tempoh, dan telefon bimbit anda secara automatik akan mengambil settings yang terkini. Anda tidak perlu membuat penetapan manual sepertimana pada zaman-zaman dahulu, masukkan SIM card dan telefon anda secara automatik akan membuat penetapan yang bersesuaian. Jika terdapat perubahan penetapan, pembekal perkhidmatan hanya perlu menghantar service message kepada anda dan anda hanya perlu save.
    KETIGA: Arahan yang digunakan. Saya diarahkan oleh SMS untuk menghantar ‘ON LA’ dan ‘ON LB’ ke nombor 37886. Sekali lagi, perhatikan nombor tersebut 3-7-8-8-6. Apa yang anda faham? Untuk maklumat, semua nombor yang bermula dengan nombor 3 seperti 32xxx, 33xxx, 36xxx, 37xxx dan 39xxx adalah nombor servis yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC) sebagai kod akses kandungan pihak ketiga (third party content). SKMM juga mewajibkan penyedia kandungan untuk memberi pilihan keluar (opt-out) kepada pelanggan kandungan. Lihat SMS tersebut, ada diberikan nombor telefon opt-out bukan? Lihat nombor telefon tersebut, adakah ada kena-mengena dengan operator anda?
    Saya berkongsi perkara ini dengan anda kerana ramai yang telah terkena dengan perangkap ini. Ayah sendiri merupakan salah seorang mangsanya, di mana ayah saya menerima SMS memaklumkan bahawa terdapat servis Celcom terbaru yang perlu diaktifkan dengan segera. Menyangkakan SMS tersebut adalah dari Celcom, ayah saya terus mengikut arahan dan beliau telah dicaj RM4 seminggu! Lebih kelakar lagi, ada yang hanya menggunakan telefon bimbit basic (tiada servis GPRS) tetapi turut menerima SMS seperti saya di atas.

    Diharapkan selepas ini anda dan saya akan menjadi lebih peka dengan SMS yang diterima. Jika tidak pasti kesahihannya, adalah lebih elok anda bertanya kepada operator anda sendiri. Lebih berhati-hati tidak akan mendatangkan kerugian kepada sesiapa. Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda dan keluarga anda.