Tatacara Tuntutan
Tatacara
mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran
Tatacara
Pemfailan dan Pendaftaran
Secara
ringkasnya, tatacara pemfailan dan pendaftaran sesuatu tuntutan adalah seperti
berikut :-a) Setiap tuntutan hendaklah dibuat dalam Borang 1, yang boleh didapati secara percuma daripada mana-mana pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna;
b) Borang 1 hendaklah diisi oleh Pihak Yang Menuntut dalam 4 salinan dan hendaklah difailkan di pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Negeri berkenaan;
c) Bayaran pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00 dan resit rasmi akan dikeluarkan kepada Pihak Yang Menuntut;
d) Borang 1 akan didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan dimeterai dengan meterai Tribunal. Dua salinan Borang 1 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada Pihak Yang Menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada pihak yang dituntut (Penentang);
e) Penyerahan Borang 1 kepada seorang Penentang boleh dibuat dengan cara-cara berikut :-
Jika Penentang adalah seorang individu :
i) meninggalkan dokumen itu dengan orang itu; atau
ii) memberikan dokumen itu kepada orang itu; atau
iii) mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau di alamatnya yang terakhir yang diketahui.
Jika Penentang adalah sebuah Syarikat atau Firma:
i) meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam syarikat itu atau tuanpunya firma itu;
ii) memberikan dokumen itu kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas; atau
iii) mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas di pejabat berdaftar syarikat atau firma itu atau dialamat penyerahannya.
f) Penentang yang menerima Borang 1 dari Pihak Yang Menuntut hendaklah membuat pernyataan atau pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang juga boleh didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna;
g) Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Penentang menerima Borang 1;
h) Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00 dan resit rasmi akan dikeluarkan kepada Penentang;
i) Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada Penentang untuk diserahkan satu salinan kepada Pihak Yang Menuntut;
j) Pihak Yang Menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada Penentang hendaklah membuat pembelaannya kepada tuntutan balas Penentang (sekiranya ada) dalam Borang 3 yang boleh didapati secara percuma daripada pejabat Tribunal;
k) Borang 3 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh Pihak Yang Menuntut menerima Borang 2. Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi pemfailan Borang 3.
l) Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan akan dimeterai dengan meterai Tribunal. Dua salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada Pihak Yang Menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada Penentang.
Tatacara
Pendengaran
- Apabila suatu tuntutan
difailkan di Tribunal, notis pendengaran akan dikeluarkan oleh
Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dalam Borang 4 yang
menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada Pihak Yang
Menuntut dan Penentang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
- Semasa pendengaran, Pihak Yang
Menuntut dan Penentang tidak boleh diwakili oleh peguam dan hendaklah
mengendalikan pendengaran secara sendiri.
- Jika Pihak Yang Menuntut
seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh
diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
- Jika pihak Penentang adalah
sebuah firma atau syarikat ianya boleh diwakili oleh seorang pekerjanya
yang digaji sepenuh masa.
- Pendengaran tuntutan dalam
Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar
sebagai 'Presiden' semasa pendengaran) yang bersidang sendirian dan beliau
boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes
mereka.
- Semasa pendengaran, Tribunal
hendaklah jika wajar, membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu
penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.
- Semasa pendengaran kedua-dua
pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana
saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong
kes masing-masing.
- Semua pendengaran di hadapan
Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai
- Jika Pihak Yang Menuntut
seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh
diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.
No comments:
Post a Comment