Lagi wanita
ditipu kenalan FB
by YUSOP TEPPO.
Posted on April 18, 2013, Thursday
SANDAKAN:
Susulan seorang wanita membuat laporan polis pada Sabtu lepas kerana ditipu
seorang lelaki yang dikenali di laman sosial Facebook, seorang lagi wanita
iaitu surirumah berumur 37 tahun membuat laporan polis di Cawangan Jenayah
Perdagangan di Balai Polis Sandakan pada Selasa (16 April).Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi kelmarin, memberitahu bahawa pengadu membuat laporan polis berkenaan setelah mengesyaki dia telah ditipu oleh seorang lelaki yang dikenali melalui Facebook sebanyak RM6,500.
“Pengadu telah berkenalan dengan lelaki terbabit yang kononnya berada di UK beberapa bulan lepas, dan lelaki itu berjanji hendak mengirimkan hadiah kepada pengadu.
“Baru-baru ini, lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia telah mengirim hadiah itu kepada pengadu tetapi pengadu hendaklah membayar cukai kastam sebelum hadiah itu melepasi pemeriksaan pihak Kastam,” katanya.
Rowell berkata, pengadu juga diminta memasukkan wang ke dalam satu akaun bank, sebelum menerima hadiah berkenaan.
Walau bagaimanapun katanya, apabila menyedari sesuatu tidak kena selepas hadiah yang dijanjikan tidak diterima, pengadu kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki dia diperdayakan.
Guru Wanita Rugi RM19.2 Juta Di
Tipu Pegawai Bank !
MELAKA -
Seorang guru wanita, daripada keluarga berada, yang membuat simpanan tetap di
sebuah bank di negeri ini kerugian RM19.2 juta dipercayai ditipu seorang
pegawai di bank itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka
Supt Soh Hock Sing berkata, wanita berusia 47 tahun itu membuat simpanan
antaranya dalam bentuk cek, bank draf dan tunai sejak 2010 selepas suspek
dipercayai menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk simpanan tetap. "Sejak
itu mangsa membuat 81 transaksi dan 80 daripadanya telah dikeluarkan slip
penerimaan manakala satu belum diterima," katanya kepada pemberita pada
sidang akhbar di sini, Khamis. Beliau berkata mangsa mahu memeriksa penyata
akaun simpanan tetapnya pada awal tahun ini namun dihalang suspek dengan
memberikan pelbagai alasan. Katanya pada awal bulan ini, mangsa membuat semakan
dengan pihak bank dan diberitahu beliau tidak mempunyai sebarang akaun simpanan
tetap. Wanita berkenaan, katanya, kemudian membuat laporan polis pada 7 Jun
lepas selepas mendapati dirinya ditipu. Soh berkata hasil siasatan awal polis
mendapati suspek dipercayai membuat satu akaun lain menggunakan nama wanita itu
untuk memindahkan wang berjumlah RM19.2 juta melalui internet ke tiga akaun
lain milik tiga lelaki. "Sejumlah RM11 juta berjaya dikesan dalam akaun
yang dicipta pegawai berkenaan dan RM1.2 juta di akaun seorang daripada lelaki
itu, sementara RM7 juta lesap," katanya. Sehubungan itu, polis kini giat
mengesan pegawai bank terbabit yang dikenali sebagai Chua Ken Juan, 28,
beralamat terakhir di Taman Kerjasama Bukit Beruang di sini. Dia telah
menghilangkan diri sejak 4 Jun lalu. Soh berkata polis turut mencari seorang
lagi rakan suspek Low Kim Hsen, 25, yang beralamat di Bukit Baru, di sini. #sumber
Sumber Artikel : http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/guru-wanita-rugi-rm192-juta-di-tipu.html#ixzz2WkBhHZA9
Skim penipuan cabutan bertuah telefon meningkat
SINGAPURA:
Polis semalam memberi amaran, skim penipuan melalui telefon melibatkan cabutan
bertuah semakin meningkat di mana mangsa ditipu lebih banyak wang mereka.
Mangsa
termasuk golongan profesional, belia dan warga emas.
Dalam
lapan bulan pertama tahun ini, jumlah skim penipuan cabutan betuah melalui
telefon dilaporkan mencecah 234 kes, meningkat 16.4 peratus daripada tahun
lalu.
Jumlah mangsa yang tertipu dalam tempoh yang sama adalah 134, iaitu 8.9 peratus meningkat berbanding tahun lalu.
Jumlah mangsa yang tertipu dalam tempoh yang sama adalah 134, iaitu 8.9 peratus meningkat berbanding tahun lalu.
Tetapi, jumlah wang yang ditipu adalah Sg$4.6 juta (RM11.6 juta) dari Januari hingga Ogos, melonjak 21 peratus berbanding tahun lalu.
Jumlah wang yang ditipu seluruh tahun lalu adalah Sg$6.4 juta (RM16 juta) sejak 2007, tahun di mana menurut polis, skim cabutan bertuah melalui telefon, bermula.
Terdapat juga trend meningkat dalam jumlah wang ditipu daripada skim penipuan serupa sejak 2009.
Tahun lalu, jumlah wang ditipu melonjak 68.4 peratus berbanding 2010, walaupun mereka yang berjaya dalam skim penipuan adalah 4.6 peratus, iaitu meningkat berbanding 2010.
Jumlah skim cabutan bertuah melalui telefon yang dilaporkan tahun lalu, termasuk yang tidak berjaya, adalah 298 kes, 13.9 peratus menurun berbanding 2010.
Polis berkata, dalam skim itu, mangsa akan ditelefon dan diberitahu mereka memenangi hadiah cabutan bertuah di luar negara.
Mereka kemudian meminta mangsa membayar wang proses atau cukai dahulu sebelum mendapatkan hadiah mereka dan wang dihantar melalui pemindahan wang melalui agensi pengiriman wang. - Straits Times
CARA MENGENAL SKIM
PENIPUAN CEPAT KAYA







PENGALAMAN.
Berhati-hati Ketika Berurusan
Di Bank
Beberapa hari lepas dkna berurusan di Bank Islam untuk bayar
yuran sekolah kemudian bergegas pula ke BSN untuk tukar kad BSN yang baru.
Sebelum ni kad BSN dkna color biru. Entah dah berapa lama pakai kad BSN tapi
tak pernah perasan pulak kat kad tu ada tarikh tamat tempoh.
Bila nak keluarkan duit baru dapat tau yang kad dah tak
boleh pakai. Kad dah tamat lebih kurang sebulan lebih baru terhegeh-hegeh buat
kad baru. Itu pon terpaksa curi-curi masa ke bank sambil settel urusan
pembayaran yuran sekolah.
Alang-alang dah ke BSN, dkna pon buat sedikit pembayaran
yang tertunggak dengan pihak Mara ketika belajar di Kedah satu ketika dahulu.
Kiranya dkna buat 2 urusan dalam satu kaunter. Urusan pertukaran kad dan juga
pembayaran duit Mara.
Sampai BSN jam pukul 4.00 petang, isi semua borang kemudian
staff BSN maklum yang sistem offline selama setengah jam. Dkna terpaksa tunggu
kat situ, malas nak datang banyak kali. Lebih kurang 1jam setengah giliran dkna
dipanggil. Waktu tu jam pukul 530 petang.
Di kaunter dkna dah asingkan borang untuk pertukaran kad dan
borang untuk pembayaran Mara. Staff BSN dengan tergesa-gesa key in no akaun
untuk pembayaran. Dkna hanya memerhati jer.
Kemudian staff tu bagi salinan resit, dkna buat penyemakan
dan ternyata apa yang dkna fikirkan benar berlaku. Pembayaran yang sepatutnya
di bayar untuk pihak Mara telah dimasukkan ke dalam akaun individu.
Individu tu sapa? Ke akaun BSN dkna sendiri. Dkna buat
penyemakan dengan staff BSN, dorang pulak salahkan dkna sebab tak tulis no
akaun dan nama pihak penerima.
Punyalah sakit hati dan sakit jiwa, nasib baik dkna sabar.
Dengan penuh bertatasusila dkna cakap 'Pn. saya dah isi no akaun dan kat
bawah tu saya dah tulis nama pihak penerima'.
Staff BSN tu terdiam dan barulah dia buat penyemakan no
akaun yang dkna tulis. Nasib baik duit tu dia masukkan dalam akaun dkna
sendiri, kalau termasuk dalam akaun orang lain, macam mana? Tak pasal-pasal
dkna kene isi borang baru..membazir dakwat pen jer.
Kesimpulan, sebelum blah dari kaunter kena semak salinan
resit yang pihak bank bagi samada no.akaun pembayaran sama atau tak dengan
no.penerima. Berurusan waktu kemuncak pun salah satu faktor berlaku
kecuaian sebab masing-masing dah ingat nak balik rumah tengok anak bini.
Berhati-Hati Dengan 63660
SMS bukanlah sesuatu yang asing
bagi kita. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar memberi lebih perhatian
dan peka dengan beberapa SMS yang mengandungi unsur-unsur meragukan atau
penipuan.
Saya sendiri sering menerima SMS
daripada nombor-nombor yang asing seperti 63660 dan lain-lain, dan pada setiap
SMS tersebut, terselit promosi yang tidak bersangkut paut dengan servis yang
saya langgani mahupun saya sendiri tidak pernah dan tidak langsung ada
melanggan mana-mana servis pihak luar.
Lebih membimbangkan, modus
operandi mereka kini kebanyakannya semakin licik. Mereka telah berani
‘menyamar’ sebagai pembekal perkhidmatan dan menggunakan ayat-ayat yang
seolah-olah menggambarkan SMS tersebut adalah tulen dan perlu diberi perhatian
segera.
Lihat screenshot di
sebelah. SMS ini diterima di telefon bimbit saya, daripada nombor 63660. Baca
ayat-ayat yang digunakan. Sekali imbas, ia seperti SMS yang dihantar oleh
pembekal perkhidmatan saya, mengingatkan bahawa settings GPRS saya
sudah tamat tempoh. Tetapi ini adalah satu penipuan, bukan SMS asli. Sebabnya
adalah seperti berikut;
PERTAMA: Pembekal perkhidmatan/operator lazimnya akan menggunakan nama
mereka dan variasi-variasinya untuk memaklumkan kepada pelanggan berkenaan
pengumuman penting. Contohnya, untuk Celcom, SMS dari mereka akan tertera nama
seperti Celcom, CelcomOffer, Xpax, dan variasi-variasi
seumpamanya. Untuk Maxis pula, SMS dari mereka akan tertera nama Maxis,
Hotlink, dan variasi-variasinya. Pembekal perkhidmatan pada masa kini
jarang menggunakan nombor awalan 2xxxx, 3xxxx, dan 6xxxx atau seumpamanya untuk
menyampaikan maklumat-maklumat penting kepada para pelanggannya.
KEDUA: Penggunaan ayat. Melihat pada contoh yang sama, SMS tersebut
memaklumkan bahawa tetapan GPRS saya telah tamat tempoh, dan perlu diaktifkan
semula dengan menghantar SMS kepada nombor yang ditetapkan. Jika anda tidak
peka dan tidak tahu, mungkin anda tidak banyak soal dan terus mengikut arahan
yang diberikan. Perhatian, sila maklum bahawa servis asas seperti GPRS adalah
sedia aktif, tidak akan tamat tempoh, dan telefon bimbit anda secara automatik
akan mengambil settings yang terkini. Anda tidak perlu membuat
penetapan manual sepertimana pada zaman-zaman dahulu, masukkan SIM card
dan telefon anda secara automatik akan membuat penetapan yang bersesuaian. Jika
terdapat perubahan penetapan, pembekal perkhidmatan hanya perlu menghantar service
message kepada anda dan anda hanya perlu save.
KETIGA: Arahan yang digunakan. Saya diarahkan oleh SMS untuk menghantar ‘ON
LA’ dan ‘ON LB’ ke nombor 37886. Sekali lagi, perhatikan nombor tersebut
3-7-8-8-6. Apa yang anda faham? Untuk maklumat, semua nombor yang bermula
dengan nombor 3 seperti 32xxx, 33xxx, 36xxx, 37xxx dan 39xxx adalah nombor
servis yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM/MCMC)
sebagai kod akses kandungan pihak ketiga (third party content). SKMM
juga mewajibkan penyedia kandungan untuk memberi pilihan keluar (opt-out)
kepada pelanggan kandungan. Lihat SMS tersebut, ada diberikan nombor telefon opt-out
bukan? Lihat nombor telefon tersebut, adakah ada kena-mengena dengan operator
anda?
Saya berkongsi perkara ini
dengan anda kerana ramai yang telah terkena dengan perangkap ini. Ayah sendiri
merupakan salah seorang mangsanya, di mana ayah saya menerima SMS memaklumkan
bahawa terdapat servis Celcom terbaru yang perlu diaktifkan dengan segera.
Menyangkakan SMS tersebut adalah dari Celcom, ayah saya terus mengikut arahan
dan beliau telah dicaj RM4 seminggu! Lebih kelakar lagi, ada yang hanya
menggunakan telefon bimbit basic (tiada servis GPRS) tetapi turut
menerima SMS seperti saya di atas.
Diharapkan selepas ini anda dan
saya akan menjadi lebih peka dengan SMS yang diterima. Jika tidak pasti
kesahihannya, adalah lebih elok anda bertanya kepada operator anda sendiri.
Lebih berhati-hati tidak akan mendatangkan kerugian kepada sesiapa. Sila kongsikan
dengan rakan-rakan anda dan keluarga anda.